fbpx

Rachel kotakan janji jelmakan emas di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RACHEL meraih pingat kedua di Hanoi berkilau emas dalam acara palang tidak sejajar pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi. Sebelum ini dia turut memenangi gangsa dalam acara 'individu all-around'. - FB MAJLIS SUKAN NEGARA

HANOI – Atlet gimnastik artistik negara, Rachel Yeoh Li Wen mengotakan janjinya apabila berjaya membutirkan pingat emas Malaysia dalam acara palang tidak sejajar pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 di Gimnasium Quan Ngua sebentar tadi.

Lebih menggembirakan apabila dia berjaya mempertahankan emas yang dimenangi Farah Ann Abdul Hadi pada temasya yang berlangsung di Manila 2019 dan ketika itu Rachel membawa pulang gangsa.

Dalam aksi tersebut, gimnas berusia 23 tahun itu memperagakan aksi cukup sempurna untuk mengutip 13.00 mata meninggalkan pencabar terdekatnya dari Vietnam, Pham Nhu Phuong 12.467 manakala gangsa menjadi milik Singapura, Nadine Nathan Joy (12.433).

“Sangat gembira kerana dapat buktikan saya mampu meraih emas. Segala pengorbanan dalam latihan selama ini benar-benar berbaloi.

“Saya ingin menghadiahkan emas ini kepada Malaysia dan semua yang menyokong saya hingga ke tahap ini,” katanya sejurus tamat acara berkenaan.

Kejayaan itu juga memberi sesuatu yang cukup bermakna untuknya selepas segala pengorbanan terutama menghadapi pandemik Covid-19 dan kekangan menjalani latihan akhirnya membuahkan hasil terbaik.

Pada edisi 2019, Rachel meraih gangsa dalam acara palang tidak sejajar, manakala perak dimenangi atlet Vietnam, Do Thi Ngoc Huong dan emas diraih Farah . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI