fbpx

Prestasi ekonomi negara semakin baik – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5 peratus mengatasi jangkaan kebanyakan penganalisis ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan langsung asing (FDI) turut meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM24.4 bilion berbanding RM8.5 bilion pada suku pertama tahun 2021.

“Kadar pengangguran juga mencatatkan penurunan kepada 4.1 peratus pada suku pertama 2022 kepada 671.2 ribu orang, terendah sejak suku kedua tahun 2020.

“Indeks Sentimen Pengguna keluaran Malaysia Institute of Economic Research (MIER) turut meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama tahun 2022 berbanding 97.2 mata pada suku keempat 2021,” katanya menerusi satu kemaskini di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif yang diterbitkan bersama Vistage dan MIER mencatat 122.1 mata pada suku pertama tahun 2022 iaitu paras tertinggi sejak pandemik Covid-19.

“Saya percaya pencapaian ekonomi dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun 2022 berikutan pembukaan semula sempadan negara dan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April 2022,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI