PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.
Ismail Sabri dalam hantaran di Facebooknya berkata, Hari Wesak disambut untuk memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi dan kasih sayang.
Katanya, semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang, dan hormat menghormati dengan penuh harmoni.
“15 Mei 2022, Keluarga Malaysia yang beragama Buddha menyambut Hari Wesak.
“Selamat Menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE