fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh kereta keluar mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan yang meragut nyawa seorang pemuda di Kilometer 47, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh sebuah Perodua Viva yang disyaki keluar  dari bahu jalan secara mengejut di Kil  ometer 47, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi, Zaqir Zainal Abidin, 31, yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, hasil siasatan awal mendapati Perodua Viva dan motosikal berkenaan dari arah yang sama iaitu dari Batu Pahat menghala Kluang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, Perodua Viva dikatakan keluar secara mengejut dari bahu jalan menyebabkan penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pemandu kenderaan wanita berusia 59 tahun dan penumpangnya berusia 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI