fbpx

Pekerja stesen minyak maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Presint 4, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Seorang pekerja stesen minyak cedera parah di kepala selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Presint 4, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.59 petang di Jalan Persiaran Perdana itu, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Presint 5 menuju tempat kerja di Presint 16.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggani mangsa tiba-tiba merempuh kereta berkenaan di tengah persimpangan jalan.

“Akibat perlanggaran itu, kereta berkenaan telah menyeret motosikal ditunggang mangsa hingga ke bahu kiri jalan sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemandu kereta sudah diambil keterangan dan disyaki dalam pengaruh dadah.

A. Asmadi berkata, hasil ujian kencing mendapati, pemandu kereta didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap pemandu kereta itu di bawah Sek 44(1)(a) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan.

“Kami juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat saksi kejadian atau rakaman ‘Dash Cam’ boleh berhubung dengan Inspektor Muhammad Hilmi di talian 019-3838025 bagi membantu siasatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI