fbpx

Orang awam diminta berhati-hati beri komen terhadap tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pihak polis menahan dan membuat pemeriksaan terhadap seorang individu

JOHOR BAHRU – Polis negeri ini mengingatkan agar masyarakat awam berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan khususnya di media sosial berhubung tindakan anggota polis menahan seorang orang awam yang disyaki untuk tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pegawai dan anggota polis mempunyai kebenaran untuk menahan mana-mana individu dan memeriksa kad pengenalan mereka ketika bertugas.

Katanya, kebenaran itu tertakluk kepada Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959.

“Pada pukul 5.50 petang semalam, anggota ronda cegah jenayah telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap seorang individu yang menaiki kereta jenis Hyundai Elantra di Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah.

“Individu tersebut juga telah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut dan telah dibebaskan sejurus selesai pemeriksaan yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, penjelasan itu dibuat ekoran sebuah rakaman video yang ditularkan di media sosial berhubung pemeriksaan yang dijalankan anggota polis berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk berhati-hati dan berhemah dalam memberikan komen atau menularkan cerita tanpa kesahihan di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI