fbpx

Piala FA: Melaka, Pahang lolos ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKA United dibatalkan penyertaan pada kempen Piala Malaysia musim ini.

PETALING JAYA – Pasukan Melaka United meneruskan momentum cemerlang dibawah kendalian pemangku jurulatih, Asri Ninggal selepas meraih kemenangan ke atas Petaling Jaya City (PJ City) 2-1 pada pusingan kedua Piala FA sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad tuan rumah memanfaatkan sepenuhnya bermain di laman sendiri dengan meraih gol awal menerusi jaringan Sony Norde seawal minit ke-11.

Bersambung pada babak kedua, skuad pelawat yang dibimbing oleh P. Maniam berjaya menyamakan kedudukan hasil ledakan penyerang sensasi, Darren Lok pada minit ke-50.

Namun, momentum The Phoenix tidak bertahan lama apabila Melaka sekali lagi meraih meraih kelebihan hasil serangan yang dilakukan oleh Adriano berselang lima minit kemudian.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan kemaraan Sang Kancil ke peringkat suku akhir Piala FA musim ini.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelab Sri Pahang menepati ramalan melangkah ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas menyingkirkan wakil Liga Premier, Projek FAM-MSN dengan keputusan 3-0.

Gol-gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Mahmoud Saleem pada minit ke-6 dan ke-28 dengan pemain gantian, Shahrul Nizam melengkapkan kemenangan bergaya gol ketiga pada minit ke-90. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI