fbpx

Kreativiti guru pacu kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kiri) menyampaikan Anugerah Khas Pendidikan kepada salah seorang penerima Anugerah Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Kampus Bachok hari ini.

BACHOK – Kreativiti seseorang guru dalam menjayakan pelbagai inisiatif tambah nilai dalam pendidikan negara menjadi salah satu usaha untuk membina acuan kejayaan murid-murid dalam mengejar penarafan pendidikan bertaraf dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, penghayatan guru dalam membina identiti dan pewaris negara membolehkan generasi akan datang berdaya maju sekali gus mampu bersaing di peringkat global.

Menurutnya, selain itu, perkongsian kejayaan dan ilmu guru cemerlang juga diperlukan dalam usaha untuk merealisasikan keupayaan guru-guru merentasi bidang kurikulum.

“Dalam konteks pendidikan, kita bukan hanya bersaing di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sebaliknya, guru-guru perlu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa sekali gus menuntut mereka berfikir di luar kotak.

“Sehubungan itu, kerjasama rakan strategik khususnya sektor korporat dengan pihak kementerian termasuk menyediakan pelbagai anugerah dan pengiktirafan sekali gus dapat menyemarakkan lagi usaha guru membangunkan pelbagai pendekatan pendidikan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perasmian Apresiasi Festival Guru dan Penyampaian Anugerah Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Radzi, usaha murni guru-guru terlibat sewajarnya mendapat perhatian dengan memberi pengiktirafan untuk menghargai pengorbanan mereka yang bukan hanya melunaskan tanggungjawab hakiki di bilik darjah.

Katanya, bagaimanapun, ketenangan dan kepuasan merupakan hadiah utama bagi seseorang guru apabila sesuatu projek yang dibangunkan mereka berjaya membangunkan minda, sahsiah dan kecemerlangan murid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI