BERKEMUNGKINAN bakal berlaku krisis ekonomi dunia yang lebih besar dalam tempoh terdekat ini. Hal ini sudah pun diperkatakan oleh pakar-pakar ekonomi dunia.
Saya juga sudah maklumkan hal ini lebih awal kepada anak didik di bawah bimbingan RichWorks, agar mereka lebih bersedia.
Soal krisis ekonomi dunia bukan hanya beri kesan kepada negara, bahkan boleh mempengaruhi, malah menjejaskan setiap orang dan organisasi.
Lebih bersedia
Apa saya kongsikan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda, tetapi dapat menjadi pilihan agar anda lebih bersedia dan proaktif dalam menguruskannya nanti.
Sehubungan itu, anda sebagai bangsa usahawan, founder mahupun leader pasukan akan dapat menangani dan respons keadaan itu nanti dengan lebih bijak dan strategik.
Meskipun dalam keadaan krisis ekonomi, tak bermaksud tiada peluang untuk bangsa usahawan.
Ingat ayat ini; “di mana ada masalah di situ akan ada peluang.”
Bagi pemimpin yang ada pemikiran bagus, mereka melihat masalah sebagai peluang.
Itulah juga penyebab kenapa perniagaan wujud. Ingat, setiap masalah sebenarnya adalah peluang untuk anda menyerlahkan diri sebagai leader dan menambah baik bisnes.
Baru-baru ini juga, Bank Negara Malaysia telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman, atau Overnight Policy Rate (OPR) dari 1.75 kepada 2.00.
Peningkatan atau penurunan OPR untuk memastikan ekonomi yang optimum. Ia ditingkatkan bila mana ekonomi bertumbuh dengan lebih cepat, menjadikan kos meminjam lebih tinggi.
Maka peniaga dan pengguna akan mengurangkan perbelanjaan serta pelaburan, seterusnya berpotensi mengurangkan peningkatan ketara kadar inflasi atau harga barangan, di samping mengukuhkan semula nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Dalam masa sama, sebagai seorang bangsa usahawan dan pemimpin bisnes, mentaliti buat perubahan dan penambahbaikan perlu berlaku setiap masa. Tidak kira ada krisis atau tidak.
Jika tidak ada penambahbaikan, pemimpin itu tidak ada nilai yang boleh membuatkan bukan diri sendiri akan berada pada tahap sama, malah kemungkinan beri kesan kepada organisasi.
Sebagai seorang pemimpin yang bagus dalam bisnes, anda perlu menjadi ejen perubahan yang positif kepada organisasi.
Bisnes tidak boleh terus berada dalam tahap yang sama agar tidak ketinggalan dengan peredaran masa, teknologi, trend, tabiat, ekonomi dan lain-lain.
Jangan jadi seperti jenama telefon bimbit sangat terkenal dahulu, Nokia yang tidak mahu berubah hingga menyebabkan pada hari ini boleh dikatakan ‘hancur’. Jenama itu sudah jauh ketinggalan dari jenama-jenama utama lain.
Adakah anda ingin jadi seperti jenama itu ketika tempoh mencabar ini?
Apakah pilihan anda mahu terus ‘makan kuih raya’ atau kembali bangkit serta fokus untuk menguruskan bisnes?
RichWorks juga konsisten bagi menambah nilai dan membantu bangsa usahawan dalam situasi ekonomi masa ini. Kami akan jalankan sesi konsultansi percuma satu dengan satu – 1 on 1 Business Check-Up secara online untuk usahawan yang berminat.
Untuk menempah slot anda, layari laman web richworks.com/bizcheckup sekarang.