fbpx

Hujan lebat di Kelantan, Pahang dan Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dilaporkan berlaku sejak awal pagi tadi di beberapa kawasan melibatkan Kelantan, Pahang dan Perak pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk di kawasan terbabit dijangka mampu berterusan sehingga awal petang nanti.

“Selain itu, hujan lebat dilaporkan turut berlaku di pesisir pantai timur dan dijangka beransur reda bagi tempoh satu hingga dua jam dari sekarang.

“Bagi Sabah dan Sarawak, keadaan cuaca dilihat cerah dan panas bagi kebanyakan kawasan,” katanya.

Sementara itu, pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangkakan berlaku di beberapa kawasan semenanjung terutama Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI