PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang nanti.
“Ia melibatkan Langkawi di Kedah serta Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Selangor pula hujan diramalkan tertumpu di kawasan Hulu Langat manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah,” katanya.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi keseluruhan kawasan di Johor.
“Di Sarawak pula melibatkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang sementara di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Tuaran),” ujarnya.
Tambah MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE