fbpx

Bastianini julang Gresini Racing di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enea Bastianini terus melakar kejutan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini dengan memenangi Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans sebentar tadi.

LE MANS – Pelumba pasukan Gresini Racing, Enea Bastianini meneruskan pemburuan kejuaraan dunia MotoGP musim ini selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans sebentar tadi.

Dia yang memulakan perlumbaan di petak kelima menampilkan tunggangan cukup baik untuk memintas seorang demi seorang pelumba di hadapan sebelum bersaing dengan Francesco Bagnaia untuk kedudukan pertama.

Kesabaran yang ditunjukkan Bastianini sepanjang perlumbaan nyata berbaloi apabila pelumba Itali itu berjaya memintas pelumba Ducati tersebut pada pusingan ke-21 sebelum menamatkan saingan sebagai juara.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini kerana dapat melakukannya di hadapan puluhan ribu penonton. Dalam sesi sebelum ini juga saya ada terjatuh beberapa kali dan menyebabkan kami dalam keadaan sukar.

“Bagaimanapun, kami dapat menampilkan aksi cukup baik dalam perlumbaan sebenar. Terima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras menyediakan jentera terbaik untuk perlumbaan,” katanya sejurus tamat saingan.

Dalam pada itu, malang menimpa Bagnaia apabila dia gagal menamatkan perlumbaan apabila terjatuh selepas kedudukannya sebagai pendahulu perlumbaan dirampas Bastianini.

Bagaimanapun, kekecewaan pasukan Ducati sedikit terubat selepas seorang lagi pelumbanya, Jack Miller menamatkan saingan di kedudukan kedua manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI