fbpx

AS perlu jujur guna pengaruh selesai isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Amerika Syarikat perlu menggunakan pengaruhnya secara jujur bagi menyelesaikan isu Palestin secara tuntas.

Menurut beliau menerusi satu hantaran di Facebook, isu yang telah berlarutan selama 74 tahun dibangkitkan beliau pada kemuncak Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) semalam.

Beliau berkata, kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh terus berleluasa.

“Malaysia menggesa Amerika Syarikat supaya secara jujur menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas.

“Negara Palestin perlu diwujudkan seperti yang terkandung di dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu dengan persempadanan sebelum perang 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara,” katanya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membangkitkan isu Palestin ini secara jelas.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pendirian mengenai konflik Rusia-Ukraine bahawa ia perlu diselesaikan secara damai, bukan dengan peperangan.

“Peperangan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana negara malah membawa penderitaan kepada rakyat yang tidak berdosa.

“Konflik Rusia-Ukraine juga memberi kesan ekonomi kepada negara-negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia menggesa agar AS menggunakan pengaruh mereka untuk mewujudkan pendamaian dalam konflik Rusia-Ukraine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI