fbpx

2,373 kes Covid-19, kes aktif meningkat 29,762 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 2,373 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,475,873 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 1,340 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,410,499 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,089 kes), Kuala Lumpur (359 kes), Pulau Pinang (189 kes), Negeri Sembilan (162 kes), Perak (116 kes), Melaka (97 kes), Pahang (58 kes), Johor (55 kes), Putrajaya (53 kes), Sabah (51 kes) dan Kedah (51 kes).

“Seterusnya, Sarawak (48 kes), Terengganu (25 kes), Kedah (11 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (tiga kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,612 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,541 kes.

Sebanyak 29,762 kes aktif dilaporkan melibatkan 28,425 kes dikuarantin di rumah, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,261 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 31 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI