fbpx

20 pendaki berdepan detik cemas tapak khemah dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membantu pendaki yang cerdera turun ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Batu Berangkai, Kampar hari ini. - FOTO: ZULFACHRI ZULKIFLI.

KAMPAR – Sekumpulan 20 pendaki berdepan detik cemas selepas tapak perkhemahan mereka disambar petir di Gunung Bujang Melaka di sini awal pagi tadi.

Kejadian pukul 4 pagi itu menyebabkan beberapa pendaki mengalami kekejangan dan kebas pada beberapa anggota badan termasuk seorang diserang sawan.

Salah seorang pendaki, Chua Soo Sheng, 34, berkata, ketika kejadian hujan lebat sebelum mereka yang sedang tidur dikejutkan dengan pancaran kilat diiringi bunyi dentuman kuat.

Katanya, ada rakan yang belum tidur melihat cahaya kilat melintasi tapak perkhemahan tersebut.

“Akibat panahan petir itu, sebahagian daripada kami terkena renjatan hingga mengakibatkan kekejangan dan kebas.

“Saya diserang sawan lalu segera diberikan bantuan pernafasan sebelum mereka menghubungi talian kecemasan untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Soo Sheng, dia yang pertama kali datang ke lokasi pendakian itu mula mendaki pada pukul 9 pagi semalam dan merancang untuk keluar petang ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd. Hisyam Zakariah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.26 pagi sebelum sepasukan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, berdasarkan maklumat, kesemua 20 pendaki itu berada di ‘check point’ ke empat iaitu pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut.

“Operasi segera dijalankan untuk membawa mangsa turun. Tempoh perjalanan untuk ke lokasi pendaki itu berada mengambil masa kira-kira empat jam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI