fbpx

Wajar teruskan debat semasa PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua dari kanan) pada sidang media hari ini

KUALA SELANGOR – Penganjuran sesi debat antara pemimpin politik termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar diteruskan selaras sistem demokrasi.

Ini susulan kejayaan debat perdana antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen swasta sebelum ini.

Menurut Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, penganjuran debat sedemikian telah lama diamalkan di kebanyakan negara terutama dalam proses memilih pemimpin politik.

“Pendebatan antara pemimpin berbeza ideologi politik membolehkan rakyat memahami sesuatu isu semasa yang diketengahkan dengan lebih jelas.

“Saya sendiri pun pernah berdebat dengan (Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat), Rafizi (Ramli) yang dianjurkan sebuah universiti.

“Pandangan saya debat ini boleh diteruskan pada PRU-15 kerana banyak negara memilih cara sebegini,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan melancarkan Program Perpustakaan Secara Digital di Dewan Sekolah Kebangsaaan (SK) Sungai Burung di sini.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menjelaskan menerusi perdebatan itu juga membolehkan rakyat menilai sendiri pandangan pemimpin parti politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI