fbpx

Turki bantah Finland dan Sweden sertai NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau tidak memihak kepada Sweden dan Finland untuk menyertai NATO. – Anadolu Agency/Getty

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan beliau tidak menyokong keputusan Sweden dan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Tidak hanya membantah, Erdogan juga mengancam untuk cuba menggagalkan keahlian mereka.

Punca utama bantahan beliau adalah kerana Finland dan Sweden dikatakan sering menjadi ‘rumah tumpangan’ kepada organisasi pengganas.

“Kami tidak boleh bersikap positif terhadap perkara ini,’’ kata beliau.

Bagaimanapun, Erdogan tidak mengisytiharkan tentangan secara terang-terangan mengenai keahlian dua negara tersebut.

Dalam pada itu, Menteri luar Sweden dan Finland berharap untuk bercakap dengan rakan sejawat mereka dari Turki di luar sidang kemuncak NATO di Berlin.

Kenyataan Erdogan dibuat sehari selepas Perdana Menteri Sanna Marin dan Presiden Sauli Niinisto berkata bahawa keahlian NATO menjadi satu kepentingan buat Finland.

Sementara itu, Sweden telah menerbitkan kertas teknikal mengenai penyertaan NATO yang memberi amaran bahawa Russia boleh bertindak balas jika perkara sedemikian berlaku. 

Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson akan menyemak dokumen itu pada hujung minggu ini dan mengumumkan hasratnya esok. 

NATO yang disertai pakatan 30 negara memerlukan undian kesemua ahli untuk permohonan penyertaan dua negara itu diterima. 

Penentangan Erdogan sebagai salah seorang negara anggota boleh dianggap penting dalam menjadikan keahlian tersebut sebagai satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI