fbpx

Thailand bantu Malaysia layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang skuad Bawah 23 negara, Hadi Fayyad melakukan percubaan ketika aksi berdepan Singapura yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

HANOI – Rezeki ternyata memihak kepada Malaysia selepas kemenangan 5-0 Thailand terhadap Kemboja, sebentar tadi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh membantu skuad Bawah 23 (B-23) negara tempah slot ke separuh akhir pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Keputusan itu sekali gus memperbaiki pencapaian skuad negara ketika di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia pulang awal selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Brad Maloney kini mempunyai pilihan sama ada mara sebagai juara kumpulan atau naib juara menjelang aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini menentang Kemboja.

Bagaimanapun, menjadi juara Kumpulan B bakal mengelak skuad negara melalui pertembungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Juara Kumpulan A hampir pasti menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam yang dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Timor Leste, esok.

Pasukan negara sepatutnya mampu mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal namun diikat 2-2 dengan Singapura pada aksi petang tadi sekali gus kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand di tangga kedua dengan enam mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI