fbpx

Piala FA: Penang tambah derita The Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Penang FC meraikan jaringan yang dilakukan oleh Muhammad Adib pada aksi di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

IPOH – Penang FC tidak mempunyai masalah menumpaskan Perak FC 4-1 untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir saingan Piala FA di Stadium Perak, sebentar tadi.

Anak buah Manzoor Azwira menjaring dua gol lewat diakhir perlawanan untuk mematikan api perjuangan pemain tuan rumah yang cuba bangkit.

Pada perlawanan tadi, pelawat selesa 2-0 di hadapan apabila Hilal Alhelwe Bassam membuka jaringan se-awal minit ke-2 perlawanan.

Gol kedua Penang diperolehi dengan bantuan pemain tuan rumah, Muhammad Aiman Khairul Yusni yang tertendang ke dalam gawang sendiri

Begitupun kedudukan itu sedikitpun tidak menjejas semangat anak buah Yusri Che Lah yang cuba memberi tentangan.

Dengan corak pantas pemain Perak menyebabkan Penang tertekan di separuh kedua.

Perak bangkit selepas perlawanan bersambung untuk mengenakan tekanan terhadap kubu lawan tetapi benteng Pasukan Pulau Mutiara, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Azmi Muslim, Ariff Ar-Rasyid Ariffin kental bertahan.

Usaha Perak akhirnya berjaya apabila Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-68 hasil pergelutan dalam kawasan Penang.

Dalam keghairahan Perak menyerang, Pulau Pinang menghukum tuan rumah melalui sepakan penalti Hilal yang mudah menumpaskan Yuganes.

Muhammad Adib Abdul Raof melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Pulau Mutiara dengan menjaringkan gol ke-empat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI