fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir berlaku di 10 negeri malam ini.

Metmalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca di 10 negeri tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 10 malam ini.

“Negeri yang terlibat ialah Kedah(Baling), Perak(Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Mualim).

“Sementara di Kelantan melibatkan kawasan di Jeli manakala di Pahang di Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera,” kata kenyataan tersebut sebentar tadi.

Tambah kenyataan itu, amaran turut membabitkan kawasan di seluruh ibu negara manakala di Selangor melibatkan kawasan di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Di Negeri sembilan sebanyak tiga kawasan diramal mengalami keadaan cuaca yang sama iaitu di Jelebu, Seremban dan Jempol manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat serta Muar.

“Bagi negeri di Sarawak melibatkan kawasan di Limbang manakala Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI