fbpx

Asteroid sebesar dua padang bola melintasi Bumi petang esok pada jarak paling dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BATU angkasa itu secara rutin akan melalui Bumi pada setiap 732 hari semasa mengorbit Matahari. - NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran berkenaan sebuah asteroid gergasi yang sedang menuju ke arah Bumi pada jarak yang paling dekad minggu ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut Pusat Kajian Objek Dekat Bumi NASA (CNEOS), asteroid yang dikenali sebagai 2008 TZ3 itu akan melewati Bumi pada Ahad, esok sekitar 2.37 petang (waktu tempatan).

Batu angkasa itu secara rutin akan melalui Bumi pada setiap 732 hari semasa mengelilingi Matahari.

Asteroid itu berukuran kira-kira 490 meter lebar dengan diameter antara 0.219 hingga 0.490 kilometer (km). Saiznya dianggarkan sebesar dua padang bola.

Jarak paling dekat asteroid itu dengan bumi adalah 5,740,000 km.

Ancaman diramalkan tidak berlaku kerana jarak antara Bumi dan bulan adalah sekitar 385,000 km.

Bagaimanapun, saintis telah mengklasifikasikan batu angkasa itu sebagai berpotensi berbahaya kerana saiznya yang besar boleh menyebabkan kerosakan yang dahsyat jika ia mengenai Bumi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI