fbpx

Wanita pukul polis guna batang penyapu didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasrina ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini

MELAKA – Tindakan agresif seorang wanita memukul anggota polis menggunakan batang penyapu mengundang padah apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistrest di sini, hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrina Osman, 42, yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada seorang Koperal, Muhammad Taufik Sayutin ketika beliau melaksanakan tugasnya sebagai penjawat awam yang sah.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10.45 malam di Taman Melaka Raya di dalam daerah Melaka Tengah, pada 7 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI