fbpx

Tembak hotel Bukit Bintang: 3 rakan didakwa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian tembak di sebuah hotel di Bukit Bintang, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada T. Muniswaran, 49, S. Katharavello, 52, dan Mohd. Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret Wong Chai Sia.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap S. Prabah, 49, di sebuah bilik hotel di Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, pukul 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lalu (2022).

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online 4 Mei lalu melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan pada dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI