fbpx

Semangat Schooling buru pingat emas masih membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHOOLING terus membara untuk memburu pingat emas di Sukan SEA biarpun sudah memiliki 27 pingat tersebut dalam koleksi peribadinya. – AGENSI

HANOI – Biarpun sudah ber­saing di peringkat tertinggi, namun temasya Sukan SEA tetap mempunyai makna tersendiri buat pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Joseph Schooling dari Singapura.

Perenang berusia 26 tahun itu adalah salah seorang atlet paling berjaya dalam sejarah penganjuran Sukan SEA selepas memenangi 31 pingat keseluruhan termasuk 27 emas, tiga perak dan satu gangsa.

Kini, Schooling berazam untuk terus menambah koleksi pingat emasnya apabila acara renang Sukan SEA Vietnam 2021 membuka tirai di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi esok.

“Sukan SEA mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya kerana ia adalah permulaan karier antarabangsa saya. Mungkin saya mengambil ringan sai­ngan Sukan SEA dalam dua atau tiga edisi terakhir.

“Anda membawa bendera negara anda setiap kali beraksi dalam temasya ini. Jadi, tidak kira peringkat apa sekalipun, anda perlu beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

Nama Schooling mula ‘meletup’ dalam dunia renang antarabangsa selepas meraih pingat emas acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan rekod baharu Olimpik, 50.39 saat (s) pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Bagaimanapun, penuntut Universiti Texas di Amerika Syarikat itu mengharungi musim yang mencabar tahun lalu selepas gagal mempertahankan pingat emas di Tokyo.
Justeru, Schooling bertekad memenangi pingat emas untuk didedikasikan kepada ayahnya yang meninggal dunia tahun lepas kerana sakit kanser. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI