fbpx

Ramai kecam wanita ‘shopping’ guna duit raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa barangan keperluan yang dibeli oleh seorang wanita menggunakan duit raya anak kembarnya

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita menjadi tular apabila dia memuat naik video memaparkan beberapa barangan keperluan yang dibeli menggunakan duit raya anak kembarnya telah mendapat pelbagai reaksi.

Pada masa sama, ramai mempersoalkan tindakan wanita tersebut menggunakan duit anaknya itu dan mereka juga berkongsi mengenai hukum berbelanja menggunakan duit anak.

“Duit raya anak mak simpan, tak.

“Duit raya anak mak beli stok susu, lampin pakai buang, ya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menegur tindakan wanita berkenaan serta mengatakan duit raya kanak-kanak atau anak sepatutnya disimpan dan tidak boleh digunakan oleh ibu bapa kerana ia adalah hak anak.

“Tak silap saya, ibu bapa tak boleh guna duit raya anak, sebab keperluan anak itu sepatutnya tanggungjawab kita, jadi kena pakai duit kita bukan duit anak,” ujar Mia.

“Kalau mak ayah guna duit raya anak, wajib ganti, sebab tak sah walaupun beli barang anak, sebab anak tu masih kecil, tiada hak untuk halalkan, kalau dah terguna, wajib ganti semula,” tegur Syafarwi.

“Kalau terdesak kewangan hidup, guna dan perlu ganti, kalau memang saja, jangan lah, berdosa nanti sebab tak amanah jaga hak anak itu sendiri,” kata Malika Nasuha.

Terdahulu, menerusi perkongsian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti menggunakan duit orang lain dan konsepnya seperti berhutang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI