KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan pada keluarga tiga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam kemalangan maut
di Kilometer 245.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara semalam.
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Fazmi Sayid Mohamad pagi tadi di Hotel Casuarina Kuala Kangsar di sini.
Beliau mewakili Perdana Menteri menziarahi keluarga pelajar terlibat nahas sebagai rasa simpati selain turut bersedih atas kemalangan yang berlaku.
“Di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat.
“Beliau turut mengarahkan supaya tindakan segera perlu diambil berhubung insiden yang menimpa kelima-lima mangsa,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE