fbpx

Pemburuan ‘ibu emas’ di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain skuad B-23 Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Laos 3-1 pada aksi Kumpulan B Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong kelmarin.

HANOI – Dua kemenangan diraih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara ke atas Thailand dan Laos dalam aksi Kumpuan B Sukan SEA Vietnam 2021 meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk melangkah ke peringkat empat pasukan terbaik.

Berdasarkan corak permainan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan turut memperlihatkan peningkatan pres­tasi anak-anak buah Brad Maloney meskipun hanya memiliki tempoh singkat untuk melakukan persediaan bagi menghadapi temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Namun, masih terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki segera oleh pengendali dari Australia itu antaranya dari segi hantaran tepat, umpa­nan ke depan serta penyudah bagi memastikan pemburuan ‘ibu emas’ mampu direalisasikan.

Bagi Maloney, beliau berpuas hati dengan pemain-pemainnya yang berjaya menjalankan tugas dengan baik ketika menewaskan Laos 3-1 di Stadium Thien Truong kelmarin menerusi dua jaringan pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhamad Syahir Bashah.

“Sudah tentu kami berpuas hati dengan tiga mata ini. Laos tidak memberi laluan mudah dan mereka memiliki beberapa pemain berkualiti tetapi ia baik untuk kami melangkah setapak lagi ke hadapan pada kejohanan ini dan kami berjaya mendapat keputusan yang diperlukan.

“Saya tidak mahu bercakap tentang peringkat seterusnya sebab, kita masih ada dua aksi dan kita perlu fokus perlawanan tersebut.

“Dalam kejohanan seperti ini apa sahaja boleh berlaku, jadi saya harap pemain-pemain mampu mengekalkan momentum (kemenangan). Ada peningkatan dan kita akan teruskan­nya,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.

Sementara itu, Maloney telah merombak tiga pemain dalam kesebelasan utama apabila memasukan Faiz Amier, Quentin Cheng dan Safwan Mazlan, ma­sing-masing menggantikan Azrin Afiq, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim.

“Tiga pertukaran pemain yang dilakukan tidak menjejaskan pasukan dan mereka menjalankan tugas dengan baik sepanjang berada di padang,” ujarnya.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kembali menerajui kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul enam mata menerusi dua kemenangan dan akan berdepan Singapura petang esok serta menutup kempen pe­ringkat kumpulan berdepan Kemboja, Isnin depan.

Pada edisi 2019 di Manila, barisan pemain negara pulang awal apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI