fbpx

Pemandu ugut guna kayu di MMR2 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga tempatan yang ditahan disyaki memandu secara berbahaya di Jalan MRR2 pada 7 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Polis semalam berjaya memberkas seorang lelaki disyaki memandu secara berbahaya termasuk melakukan ugutan di jalan raya dengan sebatang kayu dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 sekitar Taman Layang-Layang, di sini pada 7 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 31 tahun itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

“Hasil tangkapan kita telah merampas kunci kereta jenis Perodua bersama alat kawalan jauh, sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih serta sebatang rotan panjang berukuran kira-kira 90cm.

“Selain itu, polis turut membuat rampasan sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz warna biru, Yamaha Nouvo LC warna merah dan motosikal KTM 790 Adventure warna hitam serta oren,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan di sekitar ibu negara, Selangor dan Johor.

Mengulas lanjut, semakan rekod mendapati suspek terbabit mempunyai pelbagai kesalahan jenayah lampau termasuk dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI