fbpx

Pemandu treler, lori parah, dua kenderaan berat bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori dan treler yang bertembung di Kilometer 13, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang semalam. - IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Dua lelaki cedera selepas dua buah kenderaan berat bertembung dalam kejadian di Kilometer 13, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu lori jenis Isuzu, Mohd. Naim Muzaffa Azmi, 29, patah kaki kanan manakala pemandu treler jenis Scania, Ramis Sawaling @ Sabapathy, 48, turut cedera pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, Ramis yang memandu treler yang membawa muatan bitumen sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori yang dipandu oleh Mohd. Naim yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluannya sebelum kedua-dua kenderaan berat itu bertembung.

“Insiden itu menyebabkan bahagian hadapan treler dan lori remuk manakala dua pemandunya mengalami kecederaan.

“Kejadian kemalangan itu turut mengakibatkan lalu lintas terhalang dan kesesakan sehingga dua jam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai di sini rawatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI