fbpx

Mayat kru kapal layar ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhayati mengecam mayat anaknya yang lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot yang dinaikinya pada kelmarin di perairan Penarak, Langkawi.

LANGKAWI – Mayat seorang kru kapal layar yang hilang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaikinya di perairan Kuah ditemukan oleh orang awam pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, pada pukul 7.15 pagi tadi.

“Pada lebih kurang pukul 7.15 pagi, kita ada menerima makluman daripada orang awam bahawa terdapat satu mayat yang ditemui terapung kira-kira 1.5 batu nautika daripada lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

“Pihak bomba (JBPM) telah ke lokasi bersama-sama dengan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk membawa balik mangsa ke Jeti Dato’ Syed Omar,” katanya kepada sidang media di Jeti Dato’ Syed Omar, Kuah, di sini, hari ini.

Shariman memberitahu, ketika ditemui, mayat mangsa masih berpakaian lengkap dan pengecaman mayat mangsa dilakukan oleh ibu mangsa, Norhayati Saad, 60.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI