fbpx

Lori rempuh 2 kereta, 5 cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh Raya ELITE malam tadi.

SUBANG JAYA – Sebuah lori telah merempuh dua kereta mengakibatkan lima individu cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.55 malam.

“Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan lori 10 tan telah melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia dan Nissan Grand Livina,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Perodua Axia dinaiki keluarga melibatkan empat mangsa manakala Nissan Grand Livina pula dinaiki tujuh warga Bangladesh.

“Selain itu, saksi tempat kejadian memaklumkan tujuh buah kereta turut mengalami kerosakan kecil akibat kemalangan namun telah beredar dari lokasi.

“Lima mangsa daripada dua kenderaan itu telah mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, pemandu lori terbabit tidak dapat dikesan dipercayai telah menghilangkan diri dan perkara itu telah dimaklumkan polis untuk siasatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI