fbpx

Lima sekawan tak sempat bungkus dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas susulan penahanan lima sekawan di salah sebuah stesen minyak di Pekan Tampin, di sini, sempena Ops Tapis IPD Tampin, kelmarin. -IHSAN POLIS

TAMPIN – Hajat lima sekawan untuk membungkus serta menjual semula dadah seberat lebih 58 gram lebur apabila mereka ditahan semasa mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di Pekan Tampin, di sini, sempena Ops Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, bekalan berkenaan dipercayai baharu sahaja di ambil di salah sebuah taman ni Kerubong, Melaka untuk dibungkus serta dijual semula di sekitar Pekan Tampin, Negeri Sembilan dan Pulau Sebang, Melaka.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 3.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Persona di stesen minyak dan menahan tiga lelaki bersama dua perempuan berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dua peket plastik dan lapan tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 58 gram dan sepeket plastik yang mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 0.25 gram yang dijumpai disorokkan di bawah tempat duduk pemandu.

“Hasil ujian saringan awal mendapati empat daripada lima saspek yang kesemuanya merupakan pengangur itu positif Methaphetamine dan Morphine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, kesemua saspek kini ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI