fbpx

Jangan jual rumah kurniaan YASA – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (dua dari kanan) menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah kepada penerima di Kampung Temau di Raub hari ini.

RAUB – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah penerima rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) diminta tidak menjual rumah kurniaan itu kepada orang lain bagi mendapatkan keuntungan berganda.

Titah baginda, sekiranya penerima masih berhasrat menjual rumah itu, mereka mesti mematuhi prasyarat dengan mendapat kebenaran pegawai daerah terlebih dahulu.

Menurut baginda, prasyarat yang ditetapkan bukan bertujuan menyusahkan pemilik tetapi demi menjaga aset itu kekal menjadi milik keluarga turun-temurun.

“Saya tidak mahu ada yang jual rumah ini, sedihlah saya kalau berlaku, suduklah di rumah ini baik-baik, jaga anak, jaga mak.

“Rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah bernilai RM100,000 yang lengkap mempunyai tiga bilik dan tiga bilik air dilengkapi perabot,”titah baginda pada Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Kurniaan YASA di Kampung Tanjung Putus di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut mencemar duli menyerahkan kunci rumah kepada penerima di Kampung Temau, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Sia di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI