PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri pada petang ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga lewat petang nanti.
“Ia dijangka berlaku di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Di Perak membabitkan Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala di Negeri Sembilan hanya tertumpu di kawasan Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah MetMalaysia, di Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Kapit (Song dan Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE