fbpx

Hapuskan budaya kerja toksik di hospital – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Satu pasukan petugas khas bebas bagi menyiasat isu buli dalam kalangan doktor pelatih di hospital kerajaan akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) petang ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, anggota pasukan petugas bebas itu diberi masa dua bulan untuk menjalankan siasatan ke atas budaya kerja di hospital di bawah KKM.

Katanya, pasukan itu akan menyiasat isu buli dan membuat syor untuk memperbaiki keadaan budaya kerja KKM.

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital bawah KKM. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

“Suasana kerja mesti ada hormat, bantu-membantu dan pemerkasaan. Bukan mendera dan memalukan,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitternya, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri telah turun padang bagi mendengar pengalaman doktor pelatih yang akan memulakan tugas pagi ini.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai suasana kerja yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Khairy Jamaluddin mendedahkan doktor pa­­­­­­­­kar antara lima pegawai perubatan yang didakwa terlibat dalam kes buli di Hospital Pulau Pinang (HPP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI