fbpx

Fenomena gerhana bulan penuh 16 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasa-fasa gerhana bulan penuh 16 Mei ini.

PETALING JAYA – Fenomena gerhana bulan penuh pada 16 Mei 2022 ini akan berlaku 1.5 hari sebelum bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 360,297 kilometer (km).

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di benua Amerika Utara, benua Amerika Selatan, Greenland, Lautan Atlantik, sebahagian barat Eropah dan barat Afrika.

Bagaimanapun, di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai pukul 9.32 pagi dan berakhir pada pukul 2.50 petang waktu tempatan.

“Oleh itu, fenomena tersebut tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana ia berlaku apabila bulan berada di bawah ufuk.

“Gerhana bulan penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyatan itu katanya, Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah.

“Agnitud umbra pada kali ini ialah 1.4154 dan nilai Gamma adalah -0.2532 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.5 minit,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI