SEREMBAN – Sebuah keluarga mengalami detik hitam pada minggu kedua bulan Syawal apabila rumah mereka di Tiara Sendayan di sini terbakar dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas memasak awal pagi tadi.
Mangsa, Suhazmi Sulian, 42, yang baru sahaja tinggal di rumah tersebut selama sebulan berkata, kebakaran bermula sekitar pukul 1.20 pagi tadi dan api menjadi marak begitu cepat kerana reka bentuk rumah yang bersambung terus pada bahagian dapur dan ruang tamu.
Lebih mencemaskan, beliau dan isteri perlu menyelamatkan anak-anak yang masih kecil berusia 4 tahun dan 8 bulan selain terpaksa menjerit meminta bantuan jiran.
“Alhamdulillah anak isteri semua selamat dan saya anggarkan kerugian lebih kurang RM80,000,” katanya.-KOSMO! ONLINE