fbpx

Chelsea hilang Kovacic aksi final Piala FA di Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOVACIC hampir pasti terlepas aksi final Piala FA menentang Liverpool di Wembley Sabtu ini selepas berdepan masalah kecederaan buku lali. – AFP

LEEDS – Chelsea menerima khabar tidak baik apabila bakal kehilangan pemain tengahnya, Mateo Kovacic pada aksi final Piala FA Sabtu ini selepas berdepan kecederaan buku lali ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Leeds United awal pagi semalam.

Kovacic diterjah keras oleh pemain sayap Leeds, Daniel James pada minit ke-24 menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Ruben Loftus-Cheek.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui hanya keajaiban mampu untuk membuatkan Kovacic tersenarai dalam kese­belasan utama menentang Liverpool pada aksi itu nanti, namun mengakui kecederaan yang dialami pemainnya itu agak serius.

“Meteo terpaksa dikeluarkan walaupun dia adalah pemain penting kami. Kecederaan yang dialami agak serius, tetapi saya tidak dapat pastikan tahapnya.

“Kami perlu menunggu pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pasukan perubatan, namun saya tidak fikir dia mampu kembali sembuh untuk aksi final itu nanti. Ia suatu yang mendukacitakan buat kami.

“Jika dia terlepas aksi itu, saya menjadi orang yang paling kecewa kerana dia adalah pemain utama kami dan turun dalam semua perlawanan. Mateo sangat penting untuk bahagian tengah pasukan ini.

“Dia adalah pemain yang sentiasa mahu turun dan beraksi. Sering menunjukkan kesungguhan untuk bermain menyebabkan situasi yang berlaku kali ini sangat mengecewakan.

“Saya mengharapkan keajaiban untuk Mateo walaupun ia mungkin perkara yang mustahil. Saya tidak mahu komen me­ngenai terjahan itu, tetapi ramai yang berpendapat ia sangat menakutkan dan layak dilayangkan kad merah,” jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, Mason Mount, Christian Pulisic dan Romelu Lukaku berjaya mencetak nama sebagai penja­ri­ng untuk Chelsea mengukuhkan kedudukan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI