fbpx

Britain, Finland, Sweden meterai kerjasama keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnson (kiri) dan Niinisto (kanan) berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian di Istana Presiden di Helsinki, kelmarin.

LONDON – Kerajaan Britain kelmarin memeterai deklarasi bersama Finland dan Sweden dalam usaha untuk menjamin perlindungan keselamatan dengan dua negara itu, lapor agensi berita United Press International.

Kerjasama itu adalah termasuk perlindungan terhadap serangan tradisional dan siber kerana kedua-dua negara Nordic itu berdepan dengan ancaman yang semakin meningkat dari Rusia.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menandatangani perjanjian itu bersama rakan sejawatnya dari Sweden, Magdalena Andersson dan Presiden Finland, Sauli Niinisto.

“Kami, dengan rasa teguh dan tidak berbelah bahagi memberikan sokongan kepada Sweden dan Finland serta menandatangani deklarasi keselamatan ini sebagai simbol jaminan yang kekal antara negara.

“Ini bukan jurang jangka masa pendek, tetapi komitmen jangka panjang untuk memperkukuh hubungan ketenteraan dan kestabilan global serta mengukuhkan pertahanan Eropah untuk generasi akan datang,” kata Johnson.

Perjanjian itu akan membolehkan Britain bekerjasama dengan Finland dan Sweden dari segi teknologi dan perisikan, bersama-sama dengan kerjasama ketenteraan tradisional. 

Kerjasama tersebut juga merupakan jaminan keselamatan dua hala terkuat yang dibuat oleh sebuah negara keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ia dijangka berkuat kuasa selama setahun, di mana mana proses meluluskan keahlian NATO bagi dua negara itu berlangsung. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI