fbpx

Azwan Ali puji Sam tak tunggu lama kongsi wajah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengacara sensasi, Azwan Ali memuji pendekatan pelakon Shaheizy Sam yang tidak menunggu lama berkongsi wajah anak bongsu.

PETALING JAYA – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan jolokan Diva AA memuji tindakan pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang tidak menunggu lama mendedahkan wajah anak bongsu mereka.

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, 54, pada masa sama, memperli secara sarkastik perbuatan segelintir artis popular yang masih mengambil pendekatan terlalu berahsia berkongsi wajah anak mereka.

Salute (syabas). Tayang muka bayi yang merah menyala. Yang kau? Artis sangkak bayi dah mereput pun cover up (berselindung) takut peminat jakun,” coretnya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Dalam ciapan tersebut, bekas pengacara program Mic On! itu turut berkongsi keratan artikel mengenai perkongsian foto dimuat naik Sam dan Syatilla yang memaparkan gambar anak ketiga mereka.

Terdahulu, pasangan tersebut berkongsi berita gembira apabila bayi ketiga mereka selamat dilahirkan pada pagi Isnin lalu.

Tidak seperti pasangan selebriti popular lain, Sam dan isteri tidak menunggu lama untuk berkongsi gambar wajah anak bongsu mereka kepada umum.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkahwin dengan Syatilla pada 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan terbaharyu, Salama Samheizy.

Dalam pada itu, segelintir pasangan selebriti popular tanah air mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka atas alasan mengelak penyakit ain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI