fbpx

Agong berangkat ke jamuan Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada jamuan Hari Raya Daerah Raub di UiTM cawangan Raub di Raub hari ini.

RAUB – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Raub 1443 H.

Baginda yang tiba kira-kira pukul 2.45 petang di Dewan Titiwangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub disambut para tetamu jemputan.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Yang turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor serta Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan.

Persembahan tarian tradisional bertemakan lagu raya daripada murid Sekolah Kebangsaan Gali serta iringan muzik dari kombo pejabat setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memeriahkan majlis tersebut.

Kira-kira 3,500 tetamu hadir pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri dengan hidangan pelbagai jenis juadah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI