fbpx

Suspek tetak bayi hingga mati alami kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan berusia enam bulan maut akibat ditetak seorang warga emas baru-baru ini.

KOTA KINABALU – Suspek warga emas yang ditahan ekoran kejadian menetak mati seorang bayi perempuan berusia enam bulan di Kinabatangan dipercayai mengalami masalah kemurungan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Menerusi maklumat daripada pihak keluarga dan jiran tetangga, suspek juga seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya.

“Keadaan ini dipercayai menyebabkan suspek `stress’ dan terasa tertekan menyebabkannya hilang kawalan dan melampiaskan emosi dengan mengamuk.

“Antara punca lain suspek semakin murung adalah ekoran dipercayai salah seorang anak suspek ditangkap pihak berkuasa atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah petang tadi.

Mengulas lanjut, Jauteh memaklumkan sampel darah suspek sudah diambil bagi mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian berlaku.

“Suspek kini masih ditempatkan di hospital untuk rawatan kerana cedera sewaktu ditahan oleh orang ramai.

“Warga emas berkenaan kini turut direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, seorang bayi perempuan berumur enam bulan maut ditetak datuk saudaranya dalam kejadian di Kampung Ubi Sungai Pauh, Kinabatangan pada Selasa.

Kejadian sama turut mengakibatkan ibu bayi berkenaan yang berusia 35 tahun parah dengan kecederaan telinga sebelah kiri yang hampir putus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI