fbpx

[VIDEO] Senyuman terakhir mangsa nahas lima rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Identiti tiga mangsa kemalangan iaitu Muhammad Nasrun (berdiri kanan), Iqbal Hasnun (berdiri kiri) dan Muhamad Nabil Haikal (mencangkung kanan) telah dikenal pasti menerusi rekod pergigian.

PETALING JAYA – “Kali terakhir arwah senyum ketika menyambut perayaan Aidilfitri minggu lalu, rupanya ia adalah senyuman yang terakhir.”

Itulah antara momen yang sempat dikongsikan oleh sepupu mangsa dalam satu hantaran di Facebook, Imm Kamal hari ini.

Menurutnya, arwah, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, merupakan seorang anak yang baik.

“Walaupun ayahnya sakit dan arwah dijaga oleh orang lain, dia sentiasa senyum. Selain seorang yang kuat berzikir, dia juga tidak pernah berat tulang untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan.

“Kali terakhir arwah senyum masa raya tetapi tak sempat nak tegur. Arwah pun ada hubungi tanya macam mana nak jadi photographer (jurugambar) tapi tak sempat juga. Allahuakbar, semoga kamu tenang disana Akmal . Terima kasih banyak tolong abang dengan Kak Una,” katanya.

Malam tadi, lima individu dilaporkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI