fbpx

Remaja jatuh perigi berpaut pada paip sebelum diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAYLEN Byers terjatuh ke dalam perigi ketika bermain dengan adik lelakinya. - Jabatan Bomba Bandar Gaffney/WSPA

GAFFNEY, CAROLINA SELATAN – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat mengalami detik-detik cemas apabila terjatuh ke dalam sebuah perigi berkedalaman lebih 12 meter ketika bermain dengan adik lelakinya, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Jalen Byers ketika kejadian sedang berdiri di atas sebuah lantai konkrit yang menutupi telaga tersebut sebelum ia tiba-tiba runtuh. 

Ketika berada di dalam perigi, dia berjaya berpaut pada sebatang paip dan kakinya menendang air sebelum anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya.

“Ketika jatuh, saya dapat mengingati berada di bawah air. Saya tidak sedar bagaimana boleh jatuh (ke dalam perigi). 

“Saya cuba berenang untuk naik ke atas, lalu ternampak sebatang paip lalu berpaut padanya,’’ jelas Byers kepada stesen televisyen WSPA mengenai kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu.

Adik lelaki Byers ketika itu berlari mendapatkan bapa mereka yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan.

Anggota bomba Bandar Gaffney kemudian tiba pada pukul 7.57 malam (waktu tempatan) dan lalu menemui Byers yang sedang berusaha untuk naik ke atas.

Pasukan penyelamat cuba memanggil remaja itu sebelum berjaya menariknya ke atas selepas 30 minit dengan menurunkan seorang anggota bomba ke dalam perigi.

Remaja itu dimasukkan ke hospital dan dirawat semalaman kerana mengalami beberapa kesan lebam dan calar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI