fbpx

Radzi lihat gelagat murid sekolah makan di kantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kanan) bersama-sama sebahagian murid di kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) hari ini.

PUTRAJAYA – Pengusaha kantin sekolah antara individu paling gembira susulan kelonggaran pengoperasian sekolah yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Mei lalu.

Hari ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berpeluang melawat kantin sekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) di sini bagi melihat sendiri operasi kantin berkenaan.

Radzi berkata, secara umumnya, operasi kantin sekolah di seluruh negara berjalan dengan lancar.

“Pastinya keadaan ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada murid dan guru, malah tentunya turut membawa manfaat kepada semua pengusaha kantin.

“Kelegaan buat mereka (pengusaha kantin) kerana dapat kembali beroperasi setelah sekian lama tidak dibuka sepenuhnya.

“Sama-samalah kita doakan agar keadaan ini berterusan demi kesejahteraan warga sekolah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Radzi, beliau akui seronok melihat gelagat murid sekolah yang dapat makan di kantin sekolah semula seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Dah lama tak tengok anak-anak kita berada di kantin sekolah masing-masing menikmati makanan pada waktu rehat.

“Biasanya kalau sembang dengan anak-anak sewaktu mereka dalam kelas, ramai yang segan-segan. Tapi bila sembang di kantin, mereka lebih santai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI