fbpx

Pesawat bawa 11 penumpang terhempas di Cameroon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT berkenaan dilaporkan terhempas sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam. – Cameroon News Agency

YAOUNDE, Cameroon – Sebuah pesawat carter yang membawa 11 penumpang terhempas ketika cuaca ribut di sebuah kawasan hutan berhampiran wilayah Nanga Eboko, Cameroon, lapor akhbar Daily Star.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan), semalam. Mereka percaya tiada seorang pun daripada 11 penumpang terselamat.

Kejadian ribut besar melanda ibu negara Cameroon, Yaounde, yang menyebabkan pesawat berkenaan hilang isyarat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Yaounde Nsimalen yang terletak di bandar itu.

Menteri Pengangkutan Cameroon, Earnest Ngalle Bibehe mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan. Beliau berkata, pusat kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat tersebut.

Pihak berkuasa telah menghantar dua pasukan penyelamat udara dan darat selepas pesawat itu dilaporkan hilang, demikian menurut agensi berita Cameroon News Agency. 

Mereka dilaporkan telah tiba di lokasi di mana bangkai pesawat berkenaan ditemui, namun menyatakan tidak mungkin mana-mana penumpang berjaya keluar dengan selamat. 

Pihak berkuasa belum mendedahkan nama syarikat penerbangan yang memiliki pesawat berkenaan atau jenis pesawat, namun telah mengeluarkan beberapa keping imej nahas tersebut.

Agensi berita Cameroon24 melaporkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam nahas terbabit, namun belum disahkan secara rasmi.

Sebahagian daripada penumpang ialah kakitangan syarikat penerbangan manakala yang lain merupakan pekerja Syarikat Pengangkutan Minyak Cameroon (COTCO), sebuah syarikat swasta yang menyewa pesawat berkenaan, demikian menurut sumber rasmi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI