fbpx

Nenek 83 tahun urus cucu celebral palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOK EMBON bersama cucunya ketika ditemui di Kampung Ketapang, Langkawi semalam. – JAMLIAH ABDULLAH

LANGKAWI – Seorang nenek berusia 83 tahun dari Kampung Ketapang, Temonyong di sini, cekal menjaga cucu lelakinya yang menghidap cerebral palsy sejak 30 tahun lalu.

Wanita itu, Embon Salleh yang mesra disapa Tok Embon tidak pernah mengeluh, malah menjaga cucunya, Mohd. Fadli Abdullah, 33, dengan baik bagaikan menatang minyak yang penuh.

Menurut Tok Embon, dia menjaga Mohd. Fadli selepas ibunya, Saadiah Yazid meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika cucunya itu berusia setahun, manakala bapanya pula kini sudah tidak tinggal bersama.

“Saya jaga Fadli selepas ibu dia (Saadah) meninggal dunia. Pada mulanya dia dijaga oleh bapanya dan selepas kahwin lain memang serah kepada saya untuk jaga.

“Sebelum suami saya (Yazid Awang) meninggal dunia beberapa tahun lalu, kami menjaga Mohd. Fadli bersama-sama,” katanya ketika ditemui di rumah­nya semalam.

Kedua-dua mereka menetap di rumah bantuan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Kampung Ketapang sejak tahun 2016.

Cerita Tok Embon, pada usianya yang semakin lanjut, dia terpaksa menguatkan diri untuk menjaga makan, minum dan memandikan Mohd. Fadli kerana lelaki itu tidak mampu untuk me­nguruskan diri sendiri.

“Semasa kecil senang nak ang­kat tetapi sekarang sudah tidak terdaya. Nak jalan pun sakit pinggang. Biasanya saya minta dia bergerak sendiri dengan cara berguling ke bilik air untuk memandikannya,” ujarnya.

Ditanya lanjut, Embon memberitahu, dia bernasib baik ke­rana anak-anaknya yang tinggal berhampiran ringan tulang meng­hulurkan bantuan ketika memerlukan.

“Saya tidak mahu tinggal de­ngan mereka sebab tak mahu susahkan, lagipun kerajaan sudah bagi rumah ini untuk kami berdua. Anak-anak hantar makanan, kalau sihat saya akan masak sendiri,” katanya.

Sebagai orang kelainan upaya (OKU), Mohd. Fadli menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 yang digunakan untuk membayar bil utiliti rumah tersebut dan membeli keperluan lain selain sumbangan orang perseorangan

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh menghubungi talian 017-3317921 atau mengunjungi rumah Tok Embon. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI