fbpx

Masjid jadi pusat pengajian, perkembangan ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Sirajuddin (duduk) berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-79 di Jalan Batu 5, Kuala Perlis malam semalam.

KANGAR – Masjid perlu menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu selain fungsinya sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah,  pihak masjid perlu menyediakan pengajian yang seimbang dengan memberikan penekanan dan penerapan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baginda bertitah, pihak masjid juga perlu sentiasa mendidik masyarakat beramal dengan sunah dan menjauhkan diri daripada kancah politik kepartian serta menjauhi isu-isu sensitif yang menimbulkan kegusaran awam.

“Bagi memastikan kualiti penyampaian guru-guru agama di masjid-masjid Perlis dapat ditingkatkan, semua guru agama mestilah mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Masjid-masjid juga hendaklah diperkasakan agar dapat mensyiarkan kualiti pentadbiran yang cekap. Lantaran itu, pelantikan ahli jawatan kuasa dan pegawai masjid mestilah berasaskan kelayakan, profesional dan berintegriti serta kompeten dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-79 di Jalan Batu 5, Kuala Perlis di sini malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI