fbpx

Mane mahu kekal di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kiri) muncul wira buat Liverpool apabila meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Villa awal pagi semalam. – AFP

BIRMINGHAM – Selepas muncul wira Liverpool, Sadio Mane memberikan khabar gembira dan keceriaan berganda buat penyokong The Reds apabila meluahkan rasa teruja untuk kekal beraksi di Anfield.

Bintang dari Senegal itu ­meledak gol kedua Liverpool ­untuk menewaskan Aston Villa 2-1 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Villa Park awal pagi semalam sekali gus membuatkan para ­penyokong melupakan ­berita tentang penghijrahannya buat seketika.

Sekalipun namanya menjadi subjek spekulasi perpindahan menyertai Bayern Munich dan Barcelona, Mane yang memiliki baki setahun lagi kontrak ­menegaskan, beliau begitu gembira berada di Liverpool bagi meneruskan harapan memburu kejuaraan EPL.

“Hantaran lintang yang bagus daripada Luis Diaz dan saya ­hanya perlu memastikan bola masuk ke dalam gawang. Apabila Diaz memegang bola, saya sudah tahu di mana saya perlu berada.

“Saya fikir apabila kami memenangi trofi saya akan bertambah gembira. Ketika ini saya ­hanya mahu menikmati setiap detik, membantu rakan sepasukan dan membuatkan kerja saya bertambah senang,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Douglas Luiz terlebih dahulu ­meletakkan Villa di depan, namun Liverpool mempamer kebangkitan untuk memperoleh dua gol menerusi Joel Matip sebelum Mane memastikan tiga mata milik The Reds.

Sementara itu, pengendali ­Liverpool, Jurgen Klopp meng­ingatkan para pemain supaya tidak membuang masa memikirkan tentang pencabar terdekat, Manchester City dan ke­utamaan perlu diberikan kepada ­persembahan sendiri.

“Kami tidak ‘buang tenaga’ berfikir dan berharap mereka (City) tewas. Sekarang kami ­perlu segera memulihkan pasukan sebelum menghadapi aksi final Piala FA,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI