fbpx

Lebih 200 ahli keluarga berkumpul sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh 256 ahli keluarga. – TikTok.

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh anak, cucu dan cicit sebuah keluarga besar yang berjumlah 256 orang, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video tersebut disunting oleh seorang cucu lelaki daripada keluarga tersebut dan dimuat naik pada akaun TikToknya bernama @arimdion2.

Berdasarkan video tersebut, Arim Karim, 37, memaklumkan bahawa datuk dan neneknya mempunyai 12 orang anak dan seluruh ahli keluarganya berjumlah 256 orang. 

Jumlah yang hadir semasa sambutan hari raya kali ini dikatakan hanya 80 peratus daripada seluruh ahli keluarga.

Menurut Arim, majlis tersebut diadakan di Tasikmalaya, Jawa Barat. Datuknya sudah meninggal dunia dan lelaki tua yang berada dalam video itu adalah abang kepada bapanya yang berusia 100 tahun. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bayangkan kalau semua balik kampung dan tinggal di rumah datuk dan nenek mereka,’’ tulis seorang netizen.

“Hanya 80 peratus tapi macam sekampung,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI